top of page

Kopi Power VS

adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat di mana bahan utamanya adalah Akar Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Malah ia juga mampu menguatkan otot badan anda. Dengan rasa hebat aroma kopi, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda.

 

Kopi Power VS juga berfungsi sebagai penambah tenaga, anti tumor & anti racun, menurunkan kadar asid di urat, mengatasi darah tinggi dan kencing manis, mengatasi sakit sendi dan sakit pinggang, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kualiti sperma serta meningkatkan daya tahan badan dari serangan penyakit dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu?. Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu, tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam kehidupan seharian, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk.

 

Antara khasiat meminum kopi :-

 

  • Mengembangkan salur darah.

Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksik di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

  

  • Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi.

 Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat.

  

  • Menjadikan usus lebih aktif.

 

 Ini akan membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

  

 

  • Merangsang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman.

 

Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.

 

 

Antara khasiat meminum kopi untuk kecantikan :-

 

 

  • Berupaya menghilangkan bau badan.

  • Mampu menghilangkan bekas jerawat dan bintik hitam  

  • Dapat meneutralkan kulit yang terhidrat sekaligus memberi nutrisi pada kulit.

  • Dapat memperbaiki peredaran darah dan memecah lemak di dalam tubuh badan.

  • Mampu merangsangkan pembentukkan sel kulit baru dan menjaga kelembapan kulit.

  • Mampu mengaktifkan kembali sel kulit mati sehingga boleh memperbaiki kulit yang rosak.

 

 

Pada tahun 1821, ahli botani Dr, Bavplana dan Dr. Humboldt dari Brazil menamakan tumbuhan ini sebagai Paulina Cupana. Orang asli di Amazon pada mulanya menamakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok Paulina Cupana sebagai Guarana. Orang asli di Amazon mengunyah biji benih Guarana untuk menguatkan badan mereka.

 

Ahli farmasi Alexandre de Avila Borges Junior, mengesahkan bahawa, Guarana yang ditanam di Brazil adalah sejenis makanan kesihatan semulajadi yang boleh diambil dengan selamat tanpa sebarang kekhuatiran terhadap ketagihan dan Guarana adalah kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan yang utama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Membuang air yang berlebihan.

  • Sindrom sebelum datang bulan (PMS)  

  • Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual.

  • Mengurangkan atau menghilangkan demam.

  • Tahan lapar (bantu menurunkan berat badan)

  • Membantu mencairkan darah dan anti-oksida.

  • Neuralgia (sakit urat/saraf dan kesakitan ringan)

  • Menguatkan otot jantung dan mencegah jangkitan.

  • Memudahkan pernafasan (boleh membantu asma).

  • Membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.

  • Membekalkan tenaga berpanjangan dan membantu pencernaan (Diarrhea).

  •  

 

 

 

 

Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau Asia Tenggara sejak turun-temurun. Di Indonesia, pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam, pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud 'tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit'. Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

 

 

Nama saintifiknya ialah Eurycoma Longifolia Jack. Di kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali, ramai yang mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki.

 

Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah:

 

  • Untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks.

  • Meningkatkan libido (nafsu dan keinginan).

  • Meningkatkan tenaga dan stamina.

  • Membersihkan buah pinggang.

  • Merawat masalah Prostate.

  • Melancarkan peredaran darah dalam badan.

  • Meningkatkan pengeluaran sperma (lelaki).

  • Mengatasi masalah arthritis.

  • Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

 

 

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 

 

Ashwagandha, nama saintifiknya ialah Withania Somnifera. Ashwagandha, Ashwa bermaksud kuda, manakala gandha bermaksud wangian, ini merujuk kepada kekuatan seksual bak seekor kuda. Bahan aktif yang dapat dikesan di dalam Ashwagandha ialah Withaferin, Withanolides, Withanine, Sitoindosides, Somniferine, Alkaloids dan Ethanolides. Withanolides dipercayai mempunyai pelbagai fungsi perubatan. Herba ini menstimulasi sistem sel imun seperti lymphocytes (sel darah putih dan sistem imun vetebrate).

 

 

 

 

 

 

Ashwagandha mengawal inflamasi (jika terjadi) dan mempertingkatkan memori atau minda. Pengambilan Ashwagandha akan membaikpulih sistem tubuh terutama sistem reproduksi lelaki. Ashwagandha juga terkenal sebagai tonik atau herba adoptogen.:

 

  • Memperbaiki tenaga fizikal, menambahkan daya tahan sistem dari kesejukan dan jangkitan.

  • Membantu merendahkan kolesterol dan kandungan gula dalam darah.

  • Membantu mengurangkan tekanan (stress), kelesuan dan kesukaran untuk tidur (insomnia).

  • Mengandungi unsur sedatif, anti oksida.

  • Membantu meningkatkan keupayaan seks.

  • Membantu meningkatkan ketahanan badan terhadap tekanan dan keletihan.

 (Sesuai untuk lelaki & wanita yang aktif bersukan, melakukan kerja berat @ pemanduan jarak jauh serta pasangan suami isteri) 

 

bottom of page