
Baitul Jalinan Ridwan Resources
Sdn Bhd
( 1071105-U )
Memberi Perkhidmatan Yang TERBAIK Untuk Masa Depan Anda & Keluarga
FAQ madu tualang king honey
Dari illustrasi anatomi lebah di atas kita dapat segera tahu bahwa meskipun madu dikeluarkan dari perut lebah (di dalam Al Qur’an disebutkan di Surat An Nahl Ayat 69 ”….Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya…”), namun ternyata madu ditempatkan di tempat khusus dalam perut lebah yang disebut perut madu (honey stomach, honey sac atau crop) yang terpisah dari perut besar lebah (large intestine atau stomach).
Di dalam perut madu tersebutlah proses penguraian gula komplek diubah menjadi gula sederhana atau mono sakarida. Sering terjadi ketidakfahaman di masyarakat seolah madu adalah kotoran lebah kerana berasal dari perut lebah. Madu bukanlah kotoran lebah meskipun dalam prosesnya melalui perut lebah. Honey sac yang berada di perut lebah sebenarnya lebih merupakan tempat penyimpanan khusus untuk madu selama perjalanan lebah pekerja dari tempat pengambilan nectar sampai ke sarangnya. Selanjutnya nectar yang berupa gula komplek dalam bentuk sukrosa mengalami proses fizikal dan kimia sekaligus,meneruskan perjalanannya di perut lebah dan dilanjutkan di sarang lebah.Nectar yang diambil dari bunga-bunga tanaman mengandung gula dan kadar air yang tinggi (sekitar 60%), untuk menjadi madu kadar air ini harus diturunkan secara significant menjadi sekitar 20 %-30%.
Proses penurunan kadar air ini mulai terjadi pada saat lebah menjulurkan lidahnya (proboscis) untuk memindahkan Madu sedikit demi sedikit dari dalam perut madu (honey sac) ke sarang lebah. Didalam sarang lebah kadar air terus diturunkan lebih lanjut dengan laju penurunan yang lebih tinggi melalui kipasan sayap-sayap lebah yang terus menerus mengawal hawa/suhu hangat ke seluruh ruangan dalam sarang lebah.
Proses kimia dari nectar menjadi Madu terjadi di dalam perut lebah ketika enzym invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.
Kaitan antara ‘semut’ dan madu. Ramai orang memperkatakan tentang madu yang asli/tulin tidak akan didatangi semut.
Mari kita mengupas isu ini untuk mendapatkan jawapannya:
-
Di dalam madu sebenarnya terdapat lebih dari 172 unsur atau bahan zat yang dikenal pasti.Salah satunya ialah kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) atau belerang yang ada di dalam madu hutan. Di sini saya ringkaskan bahawa apabila kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) lebih tinggi, madu ini akan menyebabkan bahang bagi peminum madu ini di mana badan akan terasa panas (bukannya panas yang boleh memudaratkan. Sebenarnya ia bagus untuk orang tua yang kerap terasa sejuk-sejuk tubuh dan orang yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin). Tembaga atau kuprum (Cu) adalah mineral yang membekalkan haba dalaman (internal heat) pada badan. Ini juga adalah satu faktor utama mengapa pesakit asma amat berkesan jika mengamalkan madu hutan untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit tersebut.
-
Pada hemat saya, inilah sebab utama mengapa madu hutan ini tidak didatangi semut gula(warna hitam) kerana wujudnya bahang haba madu tersebut. Tetapi jika ‘semut mayat’ (semut tersebut berwarna merah dan kecil dari semut gula) akan tetap datang kepada apa jenis madu pun. Ini adalah kerana semut jenis ini amat tahan lasak. Apa saja yang disukai termasuk mayat manusia, bangkai binatang, lebihan makan di rumah juga pati air buah-buahan. Hatta jika buah durian yang gugur retak di dusun jika dibiarkan hanya beberapa minit telah dipenuhi oleh semut mayat ini.
Persoalannya mengapa semut ini datang?
-
Oleh itu mari kita berbalik kepada penciptaan semut oleh ALLAH. Ia diciptakan suka kepada benda-benda yang manis.Jadi setiap madu asli mengandungi gula asli seperti glucose, sucrose, levoluse, dextrose dan maltose. Jadi apa yang perlu kita persoalkan tentang kehadiran semut pada madu lebah.
-
Pendapat yang mengatakan madu asli tidak akan dihurungi semut tidak boleh digunapakai sebagai satu alasan yang konkrit. Persoalan di atas menghantui orang ramai kerana menyamakan madu tiruan (dimasuk gula merah dsb nya) dengan madu hutan asli. Ada juga madu hutan yang dihurungi semut tetapi sepertimana yang saya katakan tadi iaitu semut mayat saja yang begitu, jarang sekali semut hitam (kalau madu asli semut hitam datang juga menandakan kandungan sulfur di dalam madu tersebut tidak tinggi).

Madu Lebah Tualang
-
Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang.
-
Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mepunyai hutan hujan tropikal yang tertua dan terkaya di dunia.
-
Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain.
-
Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu.
-
Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik.
-
Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.
Ciri-ciri madu lebah tualang :-
(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;
(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;
(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;
(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;
(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.
) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air


![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |